Hubungi Kami

金马仑甘榜拉惹华文小学
email : cbc1007.sjkckgraja@gmail.com / cbc1007@moe.edu.my
tel/faks : 05 - 4981271

30 May 2009

PROGRAM NAFAS SEGAR

PROGRAM INI TELAH DIANJURKAN OLEH PEJABAT PELAJARAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS...



DIMULAKAN DENGAN ICEBREAKING



PENERANGAN MENGENAI BAHAYA ROKOK



KESAN ROKOK KEPADA ANDA




BAHAYA ROKOK

19 May 2009

Rawatan Pergigian Ke Sekolah

Staff Pergigian Cameron Highlands

Rawatan dijalankan selama 3 minggu...




Rawatan Sedang Dijalankan



Jutaan Terima Kasih Diucapkan kepada mereka....

15 May 2009

Sambutan Hari Guru 2009

Ucapan Dari Guru Besar


Barisan Guru-guru Yang Bersemangat Waja



Cabutan Bertuah .......... Mari kita tengok siapa yang kena !!!



Pertandingan .... Guru VS Anak Murid


13 May 2009

Selamat Hari Guru



TEMA : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Lagu Tema Hari guru 2009
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi


Download.
Lagu Tema : Muzik & Vokal, MinusOne.
Lagu Guru Malaysia : Muzik & Vokal, MinusOne.

Guru dan Staff

Visi & Misi Sekolah


VISI SEKOLAH


SJK ( C ) Kampung Raja menjadi sekolah cemerlang menjelang Tahun 2018



MISI SEKOLAH



    Untuk mencapai Misi ini, warga SJK (C) Kampung Raja berazam untuk :-

  • Memimpin,mengurus dan mentadbir sekolah dengan lebih cekap dan  berkesan.
  • Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua bidang.
  • Melahirkan pelajar – pelajar yang berbudi pekerti dan bersahsiah mulia.
  •  Mewujudkan prasarana yang selamat, kondusif dan ceria.
  •  Menjalin hubungan baik dengan ibu-bapa dan komuniti.

Sejarah Sekolah

     

 LATAR BELAKANG SJK (C) KAMPUNG RAJA, CAMERON HIGHLANDS
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Raja, Cameron Highlands terletak kira-kira sejauh 26 Km dari Pusat Bandar Tanah Rata serta Pejabat Pelajaran Daerah Cameron Highlands. Mempunyai satu blok bangunan dua tingkat dimana tingkat bawah dijadikan sebagai kantin dan tingkat atas sebagai bilik darjah. Terdapat 13 bilik darjah digunakan untuk P&P dan salah satu darinya ialah kelas Pra Sekolah. Terdapat juga sebuah bangunan digunakan sebagai Bilik Guru Besar, Bilik Pembantu Tadbir, Pembantu Am Pejabat, Bilik GPK 1,2 & 3 serta Pejabat Guru. Sekolah ini juga mempunyai sebuah Makmal Komputer dan Bilik Pusat Akses bagi kegunaan murid-murid untuk belajar komputer. Selain itu, terdapat juga sebuah kelas Agama Islam, Pusat Sumber, Perpustakaan, Bilik Sains, Bilik Kelas Pemulihan, Bilik Muzik, Bilik SPBT, Stor Sukan, Stor Tukang Kebun, Pondok Jaga, 2 tandas guru dan 9 tandas murid. Kemudahan lain seperti gelanggang bola keranjang serta taman permainan untuk murid Pra Sekolah juga disediakan.
Sekolah ini telah dipindahkan dari Ringlet ke Kampung Raja pada tahun 60-an kerana tapak sekolah lama telah dibina empangan menjana elektrik dan merupakan sekolah bantuan kerajaan sepenuhnya serta berkeluasan 5 ekar (2.023 hektar). Bilangan murid pada masa itu hanyalah lebih kurang seratus orang sahaja dan stafnya seramai lima orang. Dari masa ke semasa , penduduk kian bertambah dan bilangan murid juga kian bertambah menjadikan bilangan murid pada masa ini telah mencapai melebihi tiga ratus orang dan stafnya melebihi dua puluh orang. Pada masa ini, bangunan sekolah dua deret kelas papan kekal hingga ke hari ini dan pembinaan bangunan batu kian bertambah. Sekolah ini juga mempunyai sebuah makmal komputer dan sebuah pusat Akses yang serba canggih.
SJK (C) Kampung Raja merupakan sekolah bergred A dan sekolah yang paling hampir dengan SJK (C) Kampung Raja ialah SMK Kampung Raja terletak kira-kira sejauh 1 Km. Mempunyai sesi persekolahan waktu pagi sahaja serta berlokasi di luar bandar.Kelas komputer mula diperkenalkan dan diajar kepada murid-murid sekitar tahun 1999. Lapan belas buah komputer yang digunakan adalah sumbangan penduduk-penduduk kampung ini. Walaupun sekolah ini terletak di luar bandar, tetapi ibu bapa sangat mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka. Ibu bapa menunjukkan sikap yang positif terhadap pihak sekolah. Mereka selalu bersedia untuk membantu sekolah ini demi kemajuan anak-anak mereka di masa hadapan.
Walaupun sekolah ini beraliran Cina sepenuhnya namun terdapat juga sebilangan kecil para pelajar berbangsa Melayu dan juga India. Pergaulan antara semua pelajar adalah sangat harmoni. Setakat ini tidak ada apa-apa perselisihan yang berlaku diantara mereka.


Ke Arah Sekolah yang Cemerlang dan Terbilang.