Hubungi Kami

金马仑甘榜拉惹华文小学
email : cbc1007.sjkckgraja@gmail.com / cbc1007@moe.edu.my
tel/faks : 05 - 4981271

28 August 2009

Selamat Berpuasa..


Warga Sjk (c) Kampung Raja mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua warga pendidik, staf sokongan ,warga PPD Cameron Highlands dan Pelajar-pelajar yang beragama Islam.. "Berpuasalah dengan penuh kesabaran"

-gaban X

12 August 2009

Aktiviti Minggu ini....

Pada 11.08.2009 sjk (c) kampung raja telah mengadakan pertandingan bercerita..
dibawah ini ada sedikit gambar suasana pertandingan tersebut.....







-gaban X

05 August 2009

Lawatan PraSekolah

Pada hari Jumaat 31 Julai 2009,PraSekolah Sjk (c) Kg Raja telah membuat lawatan sambil belajar ke Aquaria KLCC dan Petrosains & Dinotrek 2 .Seramai 44 orang terdiri daripada murid prasekolah sjk (c) kg raja , guru pengiring, ibu-bapa dan ahli keluarga murid telah turut serta dalam lawatan tersebut. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan luar, pengalaman dan ilmu kepada murid-murid prasekolah dalam memperkukuhkan lagi p'n'p di sekolah. Alhamdulillah...kami selamat pergi dan balik. Semoga sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa ini berterusan dan banyak lagi program2 yang lebih menarik dapat diadakan pada masa hadapan.










03 August 2009

Bulan Kemerdekaan yang ke-52

Hari ini 2 Ogos 2009,seperti biasa , Rakyat Malaysia akan menyambut hari ulangtahun Kemerdekaan yang ke – 52 pada 31 Ogos.Mari kita imbas kembali sejarah dan pengorbanan tokoh-tokoh dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.


Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman melaungkan seruan Merdeka! pada 31 Ogos 1957.


Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Beliau merupakan Presiden UMNO, Ketua Parti Perikatan dan Perdana Menteri. melalui kebijaksanaannya mengendalikan pakatan murni antara kaum, kemerdekaan telah dapat dicapai dengan penuh harmoni dan gemilang.



Tun Abdul Razak

Beliau merupakan timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.Beliau memainkan peranan penting sebagai perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun 1956.Beliau juga menjadi perunding dalam menyiapkan perlembagaan Kemerdekaan 1957.Selain itu ,beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 yang menggubal sistem pendidikan kebangsaan negara ia dikenali sebagai Penyata Razak.Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri yang kedua pada tahun 1970.

Tun H.S Lee

Beliau merupakan tokoh MCA yang telah memulakan kerjasama antara kaum sehingga mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan . Parti ini telah bekerjasama dengan UMNO dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan negara pada tahun 1957. Bagaimanapun peranan Tan Cheng Lock sebagai Presiden MCA tidak kurang pentingnya sebagai penyokong Tunku Abdul Rahman dalam mendapatkan kemerdekaan negara



Tun V.T Sambanthan

Beliau merupakan presiden MIC yang telah bersama-sama Tunku Abdul Rahman mendapatkankemerdekaan negara. Beliau telah menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara yang kukuh dan menyeru kaum India supaya memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara ini.





Banjir di parking lot sjk(c) kg raja

Pada 27.7.2009 sekolah sjk (c) kampung raja sekali lagi dilanda banjir lumpur,mujurlah kali ini air banjir tidak sampai ke dalam kawasan sekolah. Ianya cuma sampai dikawasan tempat letak kereta sahaja.Tiada kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda dilaporkan.Punca kejadian masih lagi di siasat .sekian - gaban x







Ke Arah Sekolah yang Cemerlang dan Terbilang.