Hubungi Kami

金马仑甘榜拉惹华文小学
email : cbc1007.sjkckgraja@gmail.com / cbc1007@moe.edu.my
tel/faks : 05 - 4981271

30 July 2009

Jamuan Perpisahan - Ustaz Saiful

Pada 22.07.09 , majlis jamuan Perpisahan telah diadakan bagi mengenangkan jasa baik yang telah ditaburkan pada sekaloh ini.Ustaz Saiful yang telah dipindahkan ke sk kampung raja kerana khidmat beliau amat diperlukan disana. Walaupun begitu beliau masih lagi mengikuti perkembangan anak muridnya di sini...







Jasa baik beliau disekolah sjk (c) kg raja ini amat dihargai oleh rakan-rakan disini - gaban x

24 July 2009

Bengkel Peningkatan UPSR

Pada 22.07.2009 jam 2.30ptg hingga 4.30ptg Sjk (c) Kg Raja telah mengadakan Bengkel Peningkatan UPSR dan telah menjemput EN ANG CHEE MENG Pjk (Guru Besar Sjk (c) Cameron) untuk mengendalikan bengkel tersebut. - gaban X













Yes Optical !!

Pada 21 dan 22 Julai pemeriksaan mata secara percuma diberi kepada setiap murid di sjk(c) kg raja oleh Yes Optical Cameron Highlands.Ianya bertujuan untuk memastikan tahap kesihatan mata dapat dijaga,bukan setakat pemeriksaan mata sahaja tetapi nasihat dan penerangan juga diberi bagi menjaga kesihatan mata . Niat murni pihak Yes Optical ini hanya dapat dibalas dengan ucapan Terima Kasih dari setiap warga SJK (C) KG RAJA. - gaban X



22 July 2009

Ruangan Dalaman Sekolah

Pn Looe Soon Hong
( Guru Besar)

Pn Wong Swee Lean
GPK 1 ( Pentadbiran)

Pn Ng Kim Kee
(GPK Hal Ehwal Murid - (HEM)

Pn Ong Khai Suan
(GPK Ko - Kurikulum)


Pejabat Sekolah
Pejabat Sekolah


Bilik Guru



persekitaran sekolah..

Perkhidmatan Telefon Awam

Taman Sekolah

Gelanggang Bola keranjang sekolah

Kantin sekolah

Pusat Akses Sekolah




20 July 2009

info sihat - cacar air

Cacar Air



Apa itu jangkitan cacar air?

Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak:

  • Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
  • Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.
  • Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.

Apakah tanda-tanda dan gejala?
Anak anda akan mendapat cacar air 13–17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar

air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan sehingga semua ruam berkeruping dan kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius.

Gejala-gejala :

  • Demam,rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
  • Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka,kepala,kedua-dua lengan dan kaki.
  • Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah,kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)
  • Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.


Cacar air
Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walaubagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kadang kepada kanak-kanak.

Apakah komplikasinya?
Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.

Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:

  • Jangkitan kuman pada kulit
  • Jangkitan pada darah
  • Radang paru-paru
  • Keradangan otak

Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?
Amnya:

  • Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.
  • Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
  • Minum banyak air masak.
  • Ambil makanan yang seimbang.
  • Sentiasa membasuh tangan.

Untuk rasa gatal:

  • Sapu losen kalamine di tempat ruam.
  • Mandi dengan kerap dan sabun dengan menggunakan campuran baking soda dengan air suam beberapa kali sehari untuk mengurangkan rasa gatal.
  • Potong kuku pendek untuk mengelakan kecederaan kulit semasa menggaru.
  • Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.

Ubat antivirus untuk cacar air boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doctor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:

Berumur 12 tahun ke atas.

  • Mengidap penyakit paru-paru yang kronik.
  • Mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.
  • Bayi yang baru lahir.

Bagaimana cacar air boleh dicegah?

  • Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Minta nasihat doktor.
  • Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.
  • Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.

KELAS PEMULIHAN

MAKMAL SEKOLAH....

Rumah PIBG SJK ( C ) KG RAJA


Salah satu kemudahan yang ada disediakan di sekolah, sebuah rumah PIBG yang terdiri daripada beberapa bilik dan kemudahan lain bagi keselesaan guru-guru yang menginap di rumah tersebut.

Pra Sekolah..2009

Pra sekolah ini dikendalikan oleh seorang guru dan seorang PPM
















Murid - murid pra sekolah sedang menyiapkan kerja sekolah yang di beri....













Keadaan dapur prasekolah -
PPM sedang menyiapkan makanan bagi murid-murid pra sekolah..

16 July 2009

Dalam Kenangan - BANJIR LUMPUR...


Keadaan di dalam pejabat

Keadaan di dalam pusat Akses

Tanggal 28.04.2008 menjadi sejarah hitam bagi warga pendidik sjk (c) Kg Raja telah dilanda banjir kilah akibat sistem peparitan yang sempit .

Turut Musnah - peralatan pejabat, peralatan di bilik guru dan juga di pusat akses .





15 July 2009

Pertandingan Nyanyian di sekolah..

Pada 15.7.2009 - Pertandingan menyanyi telah diadakan di sjk (c) kg raja untuk tujuan mencari bakat yang terpendam...diadili oleh 4 orang guru yang berpengalaman.

Ke Arah Sekolah yang Cemerlang dan Terbilang.