Hubungi Kami

金马仑甘榜拉惹华文小学
email : cbc1007.sjkckgraja@gmail.com / cbc1007@moe.edu.my
tel/faks : 05 - 4981271

29 March 2011

学前班生日会 Sambutan Hari jadi Pra Sekolah...


Pada 25.3.2011 Sambutan Hari jadi telah diadakan di Pra sekolah Sjk (c) Kampung Raja Cameron Highlands. Ia bagi meraikan murid-murid Pra sekolah yang dilahirkan pada bulan januari , februari dan Mac . Majlis diadakan dengan ringkas sahaja tetapi tetap mendapat sambutan meriah dari murid-murid Pra sekolah . Sekian berita ringkas ini.....
2011年3月25日,学前班老师为一月份至三月份出生的孩子们办了一个简单的生日会。

22 March 2011

健康资讯:双酚A Info sihat : Apa itu BPA (Bisphenol A)

BPA,就是一种化学物质,中文名称是双酚A。BPA FREE就是不含BPA的意思。

有研究表明,BP婴幼儿有害,可能会引发癌变和其他功能紊乱。

塑料瓶中通常含有BPA,为此,上个月加拿大率先正式召回并禁售
avent(新安怡)、gerber(嘉宝)、Dr.browns(布朗博士)、Playtex(倍得适)等品牌的含有BPA成分的塑料奶瓶,美国也受到很大的来自消费者的压力,要求禁止BPA,估计很快也会有相应措施出台。


Bisphenol A
Bisphenol A dikenali juga dengan singkatanya BPA . Ia adalah sejenis bahan kimia yang terdapat dalam kandungan plastik polikarbonat (polycarbonate).Polikarbonat ini adalah sejenis plastik yang jernih dan tahan lasak serta keras buatanya,ia juga banyak digunakan didalam pelbagai produk pengguna , sebagai contoh : botol susu , botol air mineral , bekas makanan dan juga dalam teether bayi.
contoh: teether bayi

Barangan pengguna yang mengandungi bahan kimia BPA berbahaya ini dapat melarut dan meresap ke dalam makanan dan minuman kita tanpa kita sedari dan terus memasuki ke dalam badan . Walaupun dalam kuantiti yang sedikit bahan BPA ini memasuki ke dalam tubuh kita , ia tetap mamberi kesan negatif kepada sistem tubuh.

Faktor bagaimana BPA boleh meresap ke dalam makanan dan minuman kita

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ianya boleh berlaku, diantaranya adalah disebabkan oleh kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan Bisphenaol A (BPA) dengan kadar lebih cepat berbanding jika ia terdedah kepada air sejuk atau air suam.

Cara untuk mengelakkan BPA

Munkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan barangan yang mengandungi BPA ini, tetapi kita dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut :
  1. Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
  2. Kurangkan pengambilan makanan dalam tin , pilih yang segar atau sejuk beku.Jika mahu yang segera,pilih dalam botol kaca.
  3. Sebaik munkin ,gunakanlah bekas makanan dari porselin , kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
  4. Berikan permainan yang selamat untuk anak anda.Lihat kod Plastik dibawah permainan.kod 7 adalah polikarbonat (elakan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
  5. Jangan membiarkan air didalam botol air mineral terjemur didalam kereta,dan meminumnya.
  6. Gunakan botol susu daripada kaca atau plastik yang bebas BPA.Elakkan polikarbonat,sebaik pilih polietilena,polipropilena atau poliamida.
  7. Elakkan botol susu dari calar atau tergores dibahagian dalam botol tersebut disebabkan menggunakan berus yang tidak sesuai ketikan mencucinya.Gunakanlah berus yang lembut dan bersesuaian.
  8. Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci botol susu tersebut.

contoh : botol susu polikarbonat dan polipropilena



10 March 2011

2011年常年运动会 Hari Sukan Sekolah 2011



Acara bebas yang disertai oleh guru-guru dan kakitangan sekolah

Acara jemputan :4x100 (L) & (P)
Sekolah yang terlibat : SK KAMPUNG RAJA , SJK (C) KUALA TERLA
& SJK (T) KUALA TERLA - Terima kasih kerana sudi hadir bagi memeriahkan acara sukan tahunan sekolah ini.
Pra Sekolah terlibat dalam acara berlari dalam gelung rotan dan kutip gula-gula


Ibu-bapa yang turut hadir bagi memberi sokongan kepada anak-anak mereka.
<> Guru Besar bersama dengan Pengerusi PIBG
<> Pasukan Rumah Kuning

09 March 2011

教员调职欢送会 Majlis Perpisahan Cikgu Faridah...

Gambar kenangan bersama semua guru dan staf sokongan.



Jamuan perpisahan telah diadakan

Cik Faridah

Pada 7.3.2011 sebuah majlis perpisahan telah diadakan bagi meraikan kenaikan pangkat cikgu Faridah ke SK Trisu sebagai GPK 3. TAHNIAH

Ke Arah Sekolah yang Cemerlang dan Terbilang.