LATAR BELAKANG SJK (C) KAMPUNG RAJA, CAMERON HIGHLANDS
Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina Kampung Raja, Cameron Highlands terletak kira-kira sejauh
26 Km dari Pusat Bandar Tanah Rata serta Pejabat Pelajaran Daerah Cameron
Highlands. Mempunyai satu blok bangunan dua tingkat dimana tingkat bawah
dijadikan sebagai kantin dan tingkat atas sebagai bilik darjah. Terdapat 13
bilik darjah digunakan untuk P&P dan salah satu darinya ialah kelas Pra
Sekolah. Terdapat juga sebuah bangunan digunakan sebagai Bilik Guru Besar,
Bilik Pembantu Tadbir, Pembantu Am Pejabat, Bilik GPK 1,2 & 3 serta
Pejabat Guru. Sekolah ini juga mempunyai sebuah Makmal Komputer dan Bilik Pusat
Akses bagi kegunaan murid-murid untuk belajar komputer. Selain itu, terdapat
juga sebuah kelas Agama Islam, Pusat Sumber, Perpustakaan, Bilik Sains, Bilik
Kelas Pemulihan, Bilik Muzik, Bilik SPBT, Stor Sukan, Stor Tukang Kebun, Pondok
Jaga, 2 tandas guru dan 9 tandas murid. Kemudahan lain seperti gelanggang bola
keranjang serta taman permainan untuk murid Pra Sekolah juga disediakan.
Sekolah ini
telah dipindahkan dari Ringlet ke Kampung Raja pada tahun 60-an kerana tapak
sekolah lama telah dibina empangan menjana elektrik dan merupakan sekolah
bantuan kerajaan sepenuhnya serta berkeluasan 5 ekar (2.023 hektar). Bilangan
murid pada masa itu hanyalah lebih kurang seratus orang sahaja dan stafnya
seramai lima orang. Dari masa ke semasa , penduduk kian bertambah dan bilangan
murid juga kian bertambah menjadikan bilangan murid pada masa ini telah
mencapai melebihi tiga ratus orang dan stafnya melebihi dua puluh orang. Pada
masa ini, bangunan sekolah dua deret kelas papan kekal hingga ke hari ini dan
pembinaan bangunan batu kian bertambah. Sekolah ini juga mempunyai sebuah
makmal komputer dan sebuah pusat Akses yang serba canggih.
SJK
(C) Kampung Raja merupakan sekolah bergred A dan sekolah yang paling hampir
dengan SJK (C) Kampung Raja ialah SMK Kampung Raja terletak kira-kira sejauh 1
Km. Mempunyai sesi persekolahan waktu pagi sahaja serta berlokasi di luar
bandar.Kelas komputer mula diperkenalkan dan diajar kepada
murid-murid sekitar tahun 1999. Lapan belas buah komputer yang digunakan adalah
sumbangan penduduk-penduduk kampung ini. Walaupun sekolah ini terletak di luar
bandar, tetapi ibu bapa sangat mengambil berat tentang pelajaran anak-anak
mereka. Ibu bapa menunjukkan sikap yang positif terhadap pihak sekolah. Mereka
selalu bersedia untuk membantu sekolah ini demi kemajuan anak-anak mereka di
masa hadapan.
Walaupun
sekolah ini beraliran Cina sepenuhnya namun terdapat juga sebilangan kecil para
pelajar berbangsa Melayu dan juga India. Pergaulan antara semua pelajar adalah
sangat harmoni. Setakat ini tidak ada apa-apa perselisihan yang berlaku
diantara mereka.
good job jiss
ReplyDelete