Hubungi Kami

金马仑甘榜拉惹华文小学
email : cbc1007.sjkckgraja@gmail.com / cbc1007@moe.edu.my
tel/faks : 05 - 4981271

30 April 2010

Sjk (c) Kampung Raja DiLANDA BANJIR LAGI.





Pada 30.4.2010 sjk (c) kampung raja sekali lagi dilanda banjir kilat tapi tidak seteruk 2 tahun lepas,seperti biasa lot parking kereta guru ,kawasan luar kelas,longkang dan beberapa tempat lain dipenuhi lumpur.Kejadian banjir hari ini sedikit sebanyak menganggu proses pembelajaran di sini.

22 April 2010

Pertandingan Syarahan Sjk (c) Kampung Raja





Pada 15-4-2010 satu pertandingan Syarahan telah diadakan bagi menguji bakat yang ada pada setiap peserta dalam syarahan.

16 April 2010

Hentikan Keganasan Terhadap Kanak-Kanak

Semalam,kita sekali lagi di kejutkan dengan kematia seorang kanak-kanak yang periang akibat di dera oleh orang yang dipertanggungjawabkan.Dimana silapnya masyarakat kita pada masa kini.

Setiap hari, keganasan berlaku di dalam kehidupan berjuta-juta orang kanak-kanak di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.Kanak-kanak ini terpaksa melalui kesengsaraan akibat keganasan di dalam bentuk keganasan fizikal dan psikologikal serta terbiar dan dinafikan hak-hak mereka. Kerana keganasan-keganasan tersebut seringkali dilakukan oleh mereka yang telah diberikan tanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak tersebut, ia kekal menjadi satu fenomena yang terlindung.
Berjuta-juta orang kanak-kanak yang telah menjadi mangsa keganasan setiap tahun merupakan bukti bahawa seluruh dunia telah gagal melindungi mereka. Penderaan terhadap kanak-kanak merupakan suatu perbuatan yang telah melanggar hak-hak mereka. Ia mungkin juga merupakan suatu halangan utama terhadap perkembangan kesihatan mereka dan juga kesejahteraan dan kestabilan di dalam masyarakat.
Berilah kanak-kanak ini perluang untuk bernafas di bumi ini dengan tenteram,lindungilah hak mereka dan jangan inayai mereka sebab kanak - kanak ini lah penyambung warisan kita....

Ke Arah Sekolah yang Cemerlang dan Terbilang.