Hubungi Kami

金马仑甘榜拉惹华文小学
email : cbc1007.sjkckgraja@gmail.com / cbc1007@moe.edu.my
tel/faks : 05 - 4981271

16 April 2010

Hentikan Keganasan Terhadap Kanak-Kanak

Semalam,kita sekali lagi di kejutkan dengan kematia seorang kanak-kanak yang periang akibat di dera oleh orang yang dipertanggungjawabkan.Dimana silapnya masyarakat kita pada masa kini.

Setiap hari, keganasan berlaku di dalam kehidupan berjuta-juta orang kanak-kanak di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.Kanak-kanak ini terpaksa melalui kesengsaraan akibat keganasan di dalam bentuk keganasan fizikal dan psikologikal serta terbiar dan dinafikan hak-hak mereka. Kerana keganasan-keganasan tersebut seringkali dilakukan oleh mereka yang telah diberikan tanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak tersebut, ia kekal menjadi satu fenomena yang terlindung.
Berjuta-juta orang kanak-kanak yang telah menjadi mangsa keganasan setiap tahun merupakan bukti bahawa seluruh dunia telah gagal melindungi mereka. Penderaan terhadap kanak-kanak merupakan suatu perbuatan yang telah melanggar hak-hak mereka. Ia mungkin juga merupakan suatu halangan utama terhadap perkembangan kesihatan mereka dan juga kesejahteraan dan kestabilan di dalam masyarakat.
Berilah kanak-kanak ini perluang untuk bernafas di bumi ini dengan tenteram,lindungilah hak mereka dan jangan inayai mereka sebab kanak - kanak ini lah penyambung warisan kita....

Ke Arah Sekolah yang Cemerlang dan Terbilang.