Hubungi Kami

金马仑甘榜拉惹华文小学
email : cbc1007.sjkckgraja@gmail.com / cbc1007@moe.edu.my
tel/faks : 05 - 4981271

13 May 2009

Sejarah Sekolah

     

 LATAR BELAKANG SJK (C) KAMPUNG RAJA, CAMERON HIGHLANDS
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Raja, Cameron Highlands terletak kira-kira sejauh 26 Km dari Pusat Bandar Tanah Rata serta Pejabat Pelajaran Daerah Cameron Highlands. Mempunyai satu blok bangunan dua tingkat dimana tingkat bawah dijadikan sebagai kantin dan tingkat atas sebagai bilik darjah. Terdapat 13 bilik darjah digunakan untuk P&P dan salah satu darinya ialah kelas Pra Sekolah. Terdapat juga sebuah bangunan digunakan sebagai Bilik Guru Besar, Bilik Pembantu Tadbir, Pembantu Am Pejabat, Bilik GPK 1,2 & 3 serta Pejabat Guru. Sekolah ini juga mempunyai sebuah Makmal Komputer dan Bilik Pusat Akses bagi kegunaan murid-murid untuk belajar komputer. Selain itu, terdapat juga sebuah kelas Agama Islam, Pusat Sumber, Perpustakaan, Bilik Sains, Bilik Kelas Pemulihan, Bilik Muzik, Bilik SPBT, Stor Sukan, Stor Tukang Kebun, Pondok Jaga, 2 tandas guru dan 9 tandas murid. Kemudahan lain seperti gelanggang bola keranjang serta taman permainan untuk murid Pra Sekolah juga disediakan.
Sekolah ini telah dipindahkan dari Ringlet ke Kampung Raja pada tahun 60-an kerana tapak sekolah lama telah dibina empangan menjana elektrik dan merupakan sekolah bantuan kerajaan sepenuhnya serta berkeluasan 5 ekar (2.023 hektar). Bilangan murid pada masa itu hanyalah lebih kurang seratus orang sahaja dan stafnya seramai lima orang. Dari masa ke semasa , penduduk kian bertambah dan bilangan murid juga kian bertambah menjadikan bilangan murid pada masa ini telah mencapai melebihi tiga ratus orang dan stafnya melebihi dua puluh orang. Pada masa ini, bangunan sekolah dua deret kelas papan kekal hingga ke hari ini dan pembinaan bangunan batu kian bertambah. Sekolah ini juga mempunyai sebuah makmal komputer dan sebuah pusat Akses yang serba canggih.
SJK (C) Kampung Raja merupakan sekolah bergred A dan sekolah yang paling hampir dengan SJK (C) Kampung Raja ialah SMK Kampung Raja terletak kira-kira sejauh 1 Km. Mempunyai sesi persekolahan waktu pagi sahaja serta berlokasi di luar bandar.Kelas komputer mula diperkenalkan dan diajar kepada murid-murid sekitar tahun 1999. Lapan belas buah komputer yang digunakan adalah sumbangan penduduk-penduduk kampung ini. Walaupun sekolah ini terletak di luar bandar, tetapi ibu bapa sangat mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka. Ibu bapa menunjukkan sikap yang positif terhadap pihak sekolah. Mereka selalu bersedia untuk membantu sekolah ini demi kemajuan anak-anak mereka di masa hadapan.
Walaupun sekolah ini beraliran Cina sepenuhnya namun terdapat juga sebilangan kecil para pelajar berbangsa Melayu dan juga India. Pergaulan antara semua pelajar adalah sangat harmoni. Setakat ini tidak ada apa-apa perselisihan yang berlaku diantara mereka.


1 comment:

Ke Arah Sekolah yang Cemerlang dan Terbilang.