Hubungi Kami

金马仑甘榜拉惹华文小学
email : cbc1007.sjkckgraja@gmail.com / cbc1007@moe.edu.my
tel/faks : 05 - 4981271

26 January 2010

Tugas seorang Guru...

Salam..
Kenapa dan Mengapa Orang ramai asyik menyalahkan para pendidik (guru) jika berlaku sesuatu terhadap anak mereka, namun tidak kah masyarakat tahu bahawa tugas guru pada masa kini bukan hanya untuk mendidik anak mereka?Tahukah mereka?setiap kali berlakunya perkara yang tak di ingini terhadap anak mereka yang sering dipersalahkan adalah guru!! benarkah hanya guru yang patut dipersalahkan?Kalau diimbas kembali pada zaman awal kemerdekaan..tanggapan ibu-bapa terhadap guru amatlah berbeza berbanding sekarang..dulu ibu-bapa akan menyerahkan segala tanggungjawab mendidik hanya pada guru..tak kisahlah kalau anak mereka dirotan sekalipun takkan manyalahkan guru..sebab rasionalnya guru dipandang tinggi dan dihormati..tapi sekarang!! guru boleh diperlekehkan lagi..mana silapnya?
ataupun kerjaya guru hanya sekadar kerjaya semata-mata?.
Bukan hendak menyalahkan pihak ibu-bapa semata-mata..kadang-kadang guru pun boleh hilang punca..punca untuk berfikir secara rasional..
Sebab tekanan?tekanan dari mana?pihak mana?siapa yang menekan?guru-guru perlu mengubah tanggapan mentaliti masyarakat sekarang tentang tugas guru . Guru bukan sahaja mendidik , menjaga dan membentuk keperibadian murid/pelajar menjadi insan yang berguna pada masyarakat.Guru perlu mempunyai naluri seorang ibu untuk mendidik bukan seperti konsep sekarang iaitu mengajar,''.Apabila konsep mengajar ditekankan maka tugas seorang guru itu menjadi suatu beban.Mahu atau tidak,ibu-bapa pun perlu turut serta dalam mendidik anak-anak mereka menjadi insan yang berfugsi pada masyarakat.Zaman sekarang kita perlu "menjaga tepi kain orang lain"sebab?bagi mencegah gejala negatif dari berlaku..tak kira lah.."anak siapa"
Guru-guru kini perlu kembalikan keyakinan ibu-bapa terhadap kerjaya guru . ``Mendidik adalah peluang untuk menimba ilmu, pengalaman yang tidak dapat di mana-mana,ini membantu kita sebagai ketua di sesebuah institusi,'' .Guru-guru sekarang perlu mempunyai elemen kasih sayang.Guru juga, perlu ingat bahawa tugas seorang guru tidak sama dengan tugas penjawat awam lain kerana guru perlu bekerja sepanjang masa untuk mencemerlangkan pelajar.




-gaban x

No comments:

Post a Comment

Ke Arah Sekolah yang Cemerlang dan Terbilang.