Semalam,kita sekali lagi di kejutkan dengan kematia seorang kanak-kanak yang periang akibat di dera oleh orang yang dipertanggungjawabkan.Dimana silapnya masyarakat kita pada masa kini.
Setiap hari, keganasan berlaku di dalam kehidupan berjuta-juta orang kanak-kanak di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.Kanak-kanak ini terpaksa melalui kesengsaraan akibat keganasan di dalam bentuk keganasan fizikal dan psikologikal serta terbiar dan dinafikan hak-hak mereka. Kerana keganasan-keganasan tersebut seringkali dilakukan oleh mereka yang telah diberikan tanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak tersebut, ia kekal menjadi satu fenomena yang terlindung. Berjuta-juta orang kanak-kanak yang telah menjadi mangsa keganasan setiap tahun merupakan bukti bahawa seluruh dunia telah gagal melindungi mereka. Penderaan terhadap kanak-kanak merupakan suatu perbuatan yang telah melanggar hak-hak mereka. Ia mungkin juga merupakan suatu halangan utama terhadap perkembangan kesihatan mereka dan juga kesejahteraan dan kestabilan di dalam masyarakat. Berilah kanak-kanak ini perluang untuk bernafas di bumi ini dengan tenteram,lindungilah hak mereka dan jangan inayai mereka sebab kanak - kanak ini lah penyambung warisan kita....
No comments:
Post a Comment