Hubungi Kami

金马仑甘榜拉惹华文小学
email : cbc1007.sjkckgraja@gmail.com / cbc1007@moe.edu.my
tel/faks : 05 - 4981271

19 September 2013

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 2013
















      Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi memanaskan badan yang menarik 
sebelum melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk 
melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih terancang disamping membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur. Aktiviti senamrobik 
merupakan senaman yang terancang yang boleh dilakukan beramai-ramai untuk 
meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda.
      Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman yang mampu 
meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi saluran darah tersumbat 
disebabkan kolesterol. Melalui aktiviti senamrobik, murid-murid dan guru-guru dapat 
meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya mampu melakukan aktiviti seharian tanpa 
merasa letih. Keupayaan fizikal yang optimum melalui aktiviti senamrobik meningkatkan 
kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat. 

"Senamrobik 1 Murid 1 Sukan "

No comments:

Post a Comment

Ke Arah Sekolah yang Cemerlang dan Terbilang.